search
menu

Bagaimana cara untuk memadamkan akaun SEAGM saya?

dikemaskini 2024-11-04 23:50:19

SEAGM baru-baru ini mengemas kini sistem dan salah satu fungsi "Padam Akaun" telah ditambahkan. Pengguna kini boleh memilih untuk menghapus akaun SEAGM sendiri di halaman profil akaun. Rujuk langkah di bawah untuk menyelesaikan proses penghapusan akaun.

Catatan: Maklumat produk / pesanan produk anda di semua platform yang berkaitan dengan SEAGM akan dipadamkan dan tidak akan dipulihkan setelah akaun anda dipadamkan sepenuhnya.

 

Langkah 1: Log masuk ke akaun SEAGM anda. Kemudian di halaman utama, klik ikon pengguna.

Langkah 2: Klik pada "Edit" dan anda akan diarahkan ke halaman profil pengguna secara langsung. 

Langkah 3: Klik pada "Padam Akaun". 

Langkah 4: Setelah diklik, Terma dan Syarat untuk memadamkan akaun SEAGM akan disenaraikan. Sila baca dengan teliti dan pastikan akaun anda tidak mempunyai baki yang ada sebelum mengklik butang "Delete Account Saya".

Catatan: Sekiranya anda tidak pasti bahawa akaun mempunyai pesanan / baki tertunggak, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan LiveChat kami untuk mendapatkan bantuan.

mceclip2.png

 

Langkah 5: Setelah diklik pada "Delete My Account", anda akan berjaya menerima notis penghapusan akaun dan juga email pemberitahuan penghapusan akaun ke email anda.

Catatan: Anda boleh membatalkan proses penghapusan ini dalam 30 hari dengan mengklik "Batalkan Penghapusan Akaun" di "E-mel Pemberitahuan Penghapusan Akaun" yang anda terima.mceclip4.png

Terima Kasih.

Kunjungi laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.

 

Artikel berkaitan: 

Bagaimana untuk menetapkan semula kata laluan anda?

Mengapa saya tidak boleh menukar nombor telefon bimbit / alamat e-mel saya yang telah didaftar?

Adakah artikel ini membantu?

Yes
No
0 out of 0 found this helpful

Lebih banyak panduan berkaitan