SingPost SAM (Mesin Automatik Layan Diri) ialah platform perkhidmatan berbilang saluran oleh Singapore Post yang membolehkan pengguna mengakses perkhidmatan pos dan pembayaran melalui kiosk, web dan mudah alih. Perkhidmatan termasuk pembayaran bil, pembelian pos, penjejakan mel dan banyak lagi.
Nota:
1. Sila pastikan TIADA rangkaian persendirian maya (VPN) telah didayakan semasa pembayaran.
2. Singpost SAM hanya disokong di bawah Dolar Singapura [SGD] SAHAJA.
Langkah 1: Pilih produk yang anda ingin beli di laman SEAGM, kemudian klik "beli sekarang".
Langkah 2: Klik pada "Bayar Sekarang" untuk diarahkan ke halaman daftar keluar pembayaran.
Langkah 3: Pada halaman pembayaran, klik pada "Pembayaran luar talian/ Tunai/ Pindahan Bank Manual" dan pilih Singpost SAM. Kemudian, klik pada "Buat Pembayaran" untuk meneruskan.
Langkah 4: ID transaksi akan dijana untuk pesanan yang dibuat dan hanya boleh digunakan untuk pembayaran SEKALI. Sila pergi ke stesen SAM Kioks yang terdekat dan bayar jumlah tersebut melalui butiran transaksi yang diberikan.
Langkah 5: Setelah pembayaran telah berjaya dibuat melalui stesen kiosk, sila simpan resit untuk tujuan rujukan. Sila semak status pesanan anda dalam profil SEAGM anda di bawah "Pesanan Saya". Hubungi pasukan sokongan kami melalui LiveChat jika status masih di bawah "belum dibayar".
Terima Kasih.
Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Sokongan Pelanggan kami melalui LiveChat.