search
menu

Bagaimana untuk menjana e-invois selepas berbelanja di SEAGM?

dikemaskini 2024-10-18 08:35:40

E-invois SEAGM: Hanya pembayaran yang lengkap layak untuk pengeluaran invois. Setiap pembayaran boleh menjana e-invois SEKALI sahaja. Untuk mengeluarkan invois, sila berikan maklumat cukai anda.

Nota: 

  1. Sila pastikan bahawa maklumat cukai dimasukkan dengan betul. Tiada perubahan dibenarkan setelah ia dijana.
  2. Hanya pembelian yang dibuat selepas 15 Oktober 2024, 1500 GMT8 akan layak untuk e-invois.
  3. Anda HANYA boleh memilih sehingga 100 transaksi sekali gus.
  4. Jika akaun anda tidak mempunyai bahagian [Invois Saya], sila klik pada pautan ini: https://www.seagm.com/invoices

Langkah 1: Lengkapkan pembelian anda di SEAGM seperti biasa.

Langkah 2: Pada akaun pengguna SEAGM anda, klik pada [Invois Saya]. 

Langkah 3: Anda akan diarahkan ke halaman Invois Saya. Sila pilih pesanan pembayaran yang anda ingin hasilkan e-invois, dan kemudian isi maklumat anda.

Langkah 4: Klik [Submit] setelah semua maklumat telah dimasukkan.

Langkah 5: Setelah diklik pada [submit], pengesahan penyerahan akan muncul. Anda akan diberikan nombor E-invois untuk rujukan, anda boleh screenshot untuk rujukan jika perlu.

Langkah 6: Setelah selesai, di bahagian atas sebelah kanan halaman, klik [Download Invois]. Anda akan melihat rekod permintaan e-invois anda.

[i] Berjaya menyerahkan:

[ii] Maklumat yang dimasukkan secara salah:

Langkah 7: Jika status anda menunjukkan [pemprosesan/processing], anda boleh menyemak semula pada hari berikutnya. Semua permintaan e-invois akan diproses selepas 0400 GMT8 setiap hari. Jika status menunjukkan [invalid information], sila serahkan semula borang dengan maklumat yang betul dan sah.

 

Bagaimana untuk menyemak sama ada e-invois sudah sedia?

Setelah e-invois sedia, status akan bertukar daripada [pemprosesan/processing] kepada [lihat butiran/view details]. Klik pada [lihat butiran/view details] dan anda akan diarahkan ke tab/tetingkap baharu.

Contoh e-invois:

 

Petua:

  • Anda boleh memilih maklumat cukai yang anda masukkan sebelum ini, semak dan serahkan:

 

Terima kasih.

Lawati laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan sokongan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.

Adakah artikel ini membantu?

Yes
No
0 out of 0 found this helpful

Lebih banyak panduan berkaitan