1. Kepada siapa saya harus memberikan maklumat tentang pembayaran saya untuk meneruskan?
Pengguna tidak boleh mendedahkan maklumat pembayaran pindahan bank kepada mana-mana orang atau pihak ketiga. Sila serahkan maklumat tersebut kepada pegawai perkhidmatan pelanggan laman rasmi kami melalui LiveChat atau halaman media sosial SEAGM kami SAHAJA.
2. Mengapa anda tidak boleh mendedahkan maklumat pindahan bank/pembayaran?
Ini kerana mendedahkan maklumat pembayaran anda kepada pihak ketiga boleh menyebabkan pembayaran anda dituntut dan digunakan oleh mereka. SEA Gamer Mall hanya mengesahkan pemindahan bank/bayaran tunai melalui resit pembayaran atau maklumat yang diberikan oleh pengguna.
3. Apakah yang akan berlaku seterusnya sekiranya saya berikan kepada pihak ketiga?
Untuk semua kerugian kewangan akibat pengguna mendedahkan pindahan bank, maklumat ATM atau CDM kepada pihak ketiga atau orang lain, SEAGM TIDAK AKAN bertanggungjawab ke atasnya. Sila pastikan maklumat pembayaran disimpan dengan selamat.
4. Siapa yang harus saya hubungi jika saya mempunyai lebih banyak soalan mengenai pembayaran manual?
Tidak perlu risau. Anda boleh menghubungi terus Pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami 24/7 melalui LiveChat untuk mendapatkan bantuan segera.
Terima Kasih.
Kunjungi laman Sokongan SEAGM untuk mendapatkan jawapan dan panduan pantas.
Perlukan bantuan? Hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami melalui LiveChat.